Untuk si dia yang tengah PREGNANT itu :)
Maafkan daku, kerana entry ni khas untuk tatapan bestfriendku, seorang mak buyung yang sentiasa menanti-natikan update dariku berkenaan entry masakan.
Malu pulak rasa, sebab masak bukan hebat pon, Untuk makan 4 beranak, bolehlah. Untuk ko yang sedang membaca blog, silalah tatap menu masakan aku yang tak seberapa ni ye. Terima kasihlah sebab sentiasa jadi pembaca blog yang SETIAAAAAAAAAAAAA walaupon blog aku ni sendu je, hahahahaha.
Hari bila tak ingat, aku buat ikan cencaru sumbat. Balut denagn daun pisang, bakar dalam Magic Pan. Sekejap je dah masak! Sambal memang aku suka buat lebih, sebab kitorang lakik binik memang penggemar sambal yang tegar! Bakar terus 3 ekor, sebab safiyya memang penggemar ikan. Dia ratah cenggitu tanpa nasik pun ok. Terbalik pulak! Sepatutnya, mama dia yang kena ratah je ikan tukaaaaaaaaaa, hahaha.
Dilawankan pulak dengan taugeh goreng kicap. Memang thumbs up safiyya bagi kat mama. Semua lauk feveret dia. Mama masak pun senang hati, bila anak-anak makan berselera. Tak rugi berpenat kat dapurkannnnnnn.
Yang ni pulak menu western! Sengaja nak abiskan stok wedges dalam freezer. Aritu pun ada beli cheese segera kat ofismate lama. memang sedap. bancuh pun senang. campur je air panas, curah ats wedeges, dah jadi ala-ala Cheezy Wedges kat KFC tu :) Nanti dah habis, aku nak repeat order lagik. senang buat stok. Bila-bila nak, boleh bancuh ;
Taraaaaaaa!! Makan 4 beranak di malam hari, memang menyeronokkan. Laki binik balik kerja letih, nak cari mas abersembang yang paling sesuai, time dinner jelah. Kalau tak, kalut memanjang dengan anak-anak. Kadang, depan TV, baru je nak sembang dah ada yang menyelit. Terus lupa apa nak citer. Bila kat meja makan, masing-masing fokus dengan makanan, bolehlah mama mengadu domba dekat abah korang, hahaha..
Aaa..dah abis dah...len kali ada lagi gambar, aku update untuk ko ye. Ko minat bab makanan dan masakan jekannnn, hahahaha..







macam - macam leh buat ngan magic pan kan. Senang , x pandai masak pun leh jadi pandai . hahahhaha. refer kat diri sendiri .
BalasPadamhehe,..memang ebst magic pan ni. semua boleh..senang, cepat dan tak renyah :)
BalasPadam