Catatan

Ke mana menghilang?

Assalamualaikum MasyaAllah, lama giler tak menulis, haha. Memang MALAS tahap dewa aku rasakan sekarang. Suka baca cerita orang je, Nak cerita pasal diri sendiri malas. Baru lepas belek-belek tepon, tengok gambar yang berlambak, rasa sayang pulak kalau tak update. Buatnya corrupt nanti, abis hilang semua gambar. Padan muka akukannn, haha. Blog dah diprivatekan, aku rasa heaven giler. Menulis tanpa rasa was-was dan menjaga hati orang. Penyakit hati ada di mana-mana. Aku sendiri takut aku tergolong dalam orang sebegitu. Langkah demi langkah diambil untuk ketenangan dan keselesaan diri sendiri. Aku lebih enjoy begini. Kalau dulu, rasa tak secure je bila menulis. Hati orang kita tak tau. Biarlah. Blog aku, biarlah aku mempoyokan diri sorang-sorang, hahahaha. Entry warming up nak cerita apa eh? Oh, malam semalam lakiku demam panas. MasyaAllah, demam berturut pulak family kitorang ni. Nia start demam khamis petang melarat sampai ke sabtu malam. Isnin pulak, kakak safiyya demam sampailah...

Private dah!! Hip Hip Hoorayyy!!!

Assalamualaikum Finally, blog dah diprivatekan, hehe..Amik masa lama benorkan. Padahal, senang kemain..Tekan button setting je. Tapi, bizi mengalahkan ape, haha Well, biasalah aku. Ops, sebelum terlupa, bermula 3 Mac 2015 aritu, aku dah bertukar ke KPKT. Amboi..Kemain lagikannn..Baru je 3 bulan kat tempat lama, tup tup, dah bertukar lagi. Mengalahkan aku ada share holder pulak kat JPA tukan. Padahal, aku bertukar mengikut bos oiii..Huahuahua... Bukanlah sesuatu yang perlu dibanggakan pun. Aku ikutpun sebab bos pindah ke area ofis yang bertambah-tambah dekat dengan rumah. Cer bos aku pindah ke area kompleks A,B,C,D,E tu..Huiii..tak sanggup kot, Biarlah aku stay kat tempat lama je. Husband aku pun menyokong penuh kalau aku ikut bos aku. So, lepas fikir masak-masak, dan aku sendiri dah deal dengan PA lama kat sini (cuti bersalin), dia pun tak kesah. So, jom ikut bos.. 1st day lapor diri, memang gamble. Aku dengan abg aliyas (driver dato') pergi lapor diri kat HR tanpa...

Farewell dengan Geng Comey Molek!

Imej
Assalamualaikum Gambar dah basi hampir 2 bulan yang lepas. Tetaplah kena update kat sini. Kata untuk kenang-kenangankannn. Okeh, kali ni, diorang buat farewell untuk aku kat Too Woo Mba Setapak! Serius, diorang memang tau favourite food aku akt sini adalah Carbonara!! So, jom cuci mata jelah ye. Nice place untuk hang out dengan kawan-kawan dan family members. harga reasonable, makanan pon sedap. Thumbsss up!!!!!!' With one of my besties, forever and ever. Gaduh, baik, salah faham, suka, duka, semua ada dengan diorang ni, hahah. Biasalah, adat bersahabatkannnn. Kadang, kita tak suka cara dia, dia pulak tak suka cara kita, itu biasa. Daripada situ kita jadi rapat dan sekepala, haha. Wani sekarang pon dah pindah balik Johor. Geng Comey Molek makin mengecil. Kat ofis tinggal 4 orang je lagi bila yang dua ni dah pindah keluar. Walau macammana pon, persahabatan kami masih ok. Whatsapp kan adeeee :) Dengan akak sayang ketipang ketipong. Paling banyak mendengar ...

Riang raya berselfie dengan anak-anak dara!

Imej
Assalamualaikum, hai. Pagi ni maybe nak belanja gambar je yang banyaknya. Semua gara-gara semalam dok godek balik entry lama-lama. Terus terasa, sangat sesuatu tau! Bukan menda apa pun, terasa betapa bermaknanya blog ni sebab boleh refresh balik cerita zaman dulu kala, haha. Kalau tak dapat menaip, dapat tengok gambar pon ok sebab, sekarang ni pun gambar-gambar yang ada, macam tak mampu dah nak disimpan dalam hensetkannnn. Better simpan dalam blog, nanti-nanti, bolehlah tengok balik. Macam semalam, tengok entry masa safiyya kecik-kecik dulu. alahaiii....dah besar panjang anak mama ni sekarang. kalau dulu bulat getey orang cakap, sekarang pon bolat jugak, tapi sebab dia dah tinggi, tak nampak sangat bulatnya. Terus terasa, cepatnyalah anak aku membesar, Tahun depan nak sekolah dah pun Jangan cengeng ye kakak masuk tadika next year :) Disebabkan blog ni mungkin akan lebih banyak gambar selfie anak beranak, mungkin hasrat untuk memprivatekan blog ...

Bercinta ke bawak kereta kekakak dan kekabang???

Imej
(Entry tertangguh, draft sikit pagi, lunch hour baru publish. Malas nak edit dah, sory) Pagi ni rasa stress pulak drive. Perangai orang yang bawak kereta macam bercinta ni kadang memang buat rasa, geramnyaaaaaaa!! Trafik lite kat depan tu kadang cepat je nak bertukar merah, boleh pulak diorang ni tekan tukar gear perlahan-lahan. Kemudahan kiraan nombor kat trafik lite tu dah ada dah. Kita sebagai driver, dah boleh agak bila lampu nak jadi hijaukan. Ni tak, asyiklah berangan bawak kereta. Hangen je rasa. Memang kalau ikut, bukan isu besar pon, tapi, biasalah. Sesekali rasa macam nak up pulak isu macam ni. Bukan sekali dua terkena, dah banyakkkk sangat kali kena. Baik pemandunya perempuan ke, lelaki ke, kadang sama je. Aku tak kesah sanagt pon kalau takde sistem nombor kat trafik lite tu. Kira boleh considerlah dia tak boleh nak agak bila lampu nak hijaukan. Ni dah terang-terang nombor tu siap countdown lagi, tetappppplah macam siput sedut perginya. haishhhh!! Tensen makcik tau....

Bosku dan akibat pertukaran!

Imej
Hai, hai hai semua. Ada yang rindu ker? Kalau tak rindu pon takpe, i is okay aje. Bos baru pergi meeting ni, bolehlah menyelit sekejap kat sini. Mak bizi u olls. Maklumlah, masih belajar cara kerja sebenar PA. Bagi aku, hari-hari ada pembelajaran baru. nak-nak untuk belajar dan kenali rentak bos sendiri. Dah kata PA, mestilah kena tau ni semuakan. Kalau tak, camner nak handle bos. Setuju? Walaupon rasanya dah pernah kot aku cerita serba sikit pasal ofis, tapi kali ni maybe penceritaanya lain pulak. Saje-je takde menda nak bebel, ginilah. Ok, hampir 2 bulan aku kerja dengan bos ni, aku mula faham kenapa ramai yang tak gemar sangat dengan cara dia. Ramai yang sok sek, sok sek perihal dia yang pada mulanya buat aku scary nak kerja dengan dia. Adalah sorang dua yang bagi feedbacak positif perihal dia, antanya ex PA dia dan mungkin orang yang boleh faham dia, Well, sebagai manusia biasa, kita semua PASTI akan ada KEKURANGANKAN? Aku tak kesah tu semua. Janji jangan dapat bos yang dua je...

Nasi Kerabu Marveles di pagi hari!

Imej
Morning, dah sarapan? Arini aku breakfast yang heavy terus. Nasi kerabu + air coklat. Hamek kau! Sebelum-sebelum ni, masa amalkan breakfast dengan "sesuatu" tu asyik lapar tahap gaban je. Tak taulah kalau ini merupakan side efek lepas amalkan minuman tu pulak ( bukan Shakleee ye ). Arini, aku nak try, tak amik minuman tu, dan breakfast macam biasa. Tengok sampai bila perut ni boleh bertahan. Macam semalam, kan aku cerita perut aku menggila laparnya. Lepas lunch nasi tu ingatkan oklah. Rupanya, sekejap je bertahan. nasiblah aku ada beli kuih kat jualan, bolehlah alas perut sikit (i ngat nak bagi anak-anak balik nanti ). Balik kerja semalam, sempat cod Shaklee dengan BB cream SQB kat Dengkil dan Presint 9. Masa COD ni pun, perut aku lapar menggila semula. Serius! Memang melampau sungguh kalau ini side efek minuman tu. Baik aku stop sebelum berat mendadak naik nanti. Say babai untuk produk tu. Maybe tak sesuai untuk aku agaknya. Buat masa ni, tinggal beberapa sachet je l...