Catatan

Alhamdulillah, dah selamat semuanya ;)

Imej
Assalamualaikum Alhamdulillah, aku dah selamat melahirkan baby girl pada 25 Julai (Khamis) jam 3.15 p.m di Hospital Serdang. Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan Allah S.W.T. Nanti2 baru kita citer panjang ye. Masih perlukan rehat yang cukup ♥♥♥ Daa..Wassalam..

Ikan siakap stim limau, murah je kosnya!

Imej
Assalamualaikum   Bertemu lagi kita dalam slot mari memasak bersama mama safiyya ye :)   Berbuka semalam aku masak ikan siakap stim limau je. Dah lama tak masak ikan siakap ni. Last masak bila entah, tak ingat aku sebab masa mengandungkan safiyya, aku cukup tak suka ikan ni. Berlanjutanlah sampai umur safiyya berapa aku pon lupa baru aku boleh terima balik ikan ni :)   Teringat haritu masa aku makan kat Mali Corner kat Dengkil aritu, kitorang order ikan siakap stim limau, sotong celup tepung, sayur kangkung kot, telur bistik dengan ayam masak merah ke apa tak ingat, nasi 2 orang makan, dengan air buah  2 orang minum kena caj dekat RM65. Mak aih, gila mahal diorang caj ikan siakap ni.   Memang mengaut untung sungguh diorang ni. Tak berbaloi sangat aku rasa. Menyesal pulak aku rasa, tapi dah makankan, mestilah kena bayar walaupon dalam hati rasa tak puas hati.   Aku beli ikan siakap ni kat Mydin aritu baru RM 5.99 seekor. M...

Keistimewaan mok yong dah direbut orang

Assalamualaikum   Sekarang kita cerita pasal menda lainlah pulak ye. Asyik hidangkan korang dengan menu berbuka je, bosan pulak aku. Petang-petang karang baru kita cerita pasal menu berbuka pulak. Pagi tadi aku ada check-up kat Klinik Tanglin. Arini kandungan aku dah masuk 38 minggu 4 hari. Orang kata bila-bila masa je boleh beranakkan sekarang ni. Aku pon mnegharapkan menda yang sama. Hari-hari tertenaya-tanya, bilalah baby nak bagi hint nak keluar. Seboleh mungkin aku taknak overdue. Seremmmm sangat rasanya kalau terover due. Dahlah masa tu orang dah nak beraya, stress aku tau!   Ofismate cakap, agaknya baby nak bagi aku beraya dulu kot baru dia keluar. Oh tidak!! Janganlah macam tu. Aku lebih rela berpantang masa raya daripada tertunggu-tunggu macam ni tau. Korang tau tak perasaan aku sekarang macam mana? Ibarat macam menunggu bulan jatuh ke riba gitew!! Tak tau bila boleh dapatkan, haaa..Macam tulah aku. Tak tau bila baby nak keluar. Tanda-tanda sikit pon mas...

Almond london setiap tahun!

Imej
Assalamualaikum   Aku tak tau kenapa, tahun ni memang mood memasak aku masa bulan puasa membuak-buak. Kalau setakat masak lauk pauk tu, takdelah aku heran sangatkan. Ni mood rajin nak cuba buat kuih muih boleh pulak meresap dalam jiwa aku tahun ni. Aku perasan, bila hujung minggu je, mesti dari pagi aku dah terfikir-fikir nak buat kuih apa ye masa berbuka nanti. Kalau hari kerja, memang tak sempatlah nak berkuih bagai. Tapi, selera aku tetap teringin nak berbuka dengan kuih lepas makan kurma. Tak taulah kot-kot pembawakan time mengandung nie pulakkan, sebab tahun-tahun sebelum ni, tidaklah aku kesah ada menu kuih ke tidak masa berbuka. Tahun ni lain macam pulak peelnya.   Macam arini je, aku dah siap beli frozen crab stick dari akak kat putrajaya tu. Aku mintak dia hantarkan kat ofis en.aril tadi dan dah selamat sampai pon kat tangan en.aril. Balik ni bolehlah goreng  untuk berbuka karang.   Kalau korang nak tau, favour...

Juadah berbuka lagi (^_^)

Imej
  Assalamualaikum   Hari Jumaat haritu tekak aku teringin sangat nak makan roti john + kuih tepung pelita dengan air soya. Aku suka roti john kat foodcourt Presint 9 sana tu. Kena sangat dengan tekak. Tapi, kalau pergi ke sana, belum tentu kuih tepung pelita dengan air soya panas ada jualkan? Tekak ni mengadalah pulak, tak nak soya yang dalam kotak tu, nak soya yang orang jual kat bazar  pulak (macam entah apa-apa jekan).   On the way nak sampai rumah, call en.aril ajak pergi P.9 nak beli roti john tu. Tapi bila sampai rumah, tukar plan pulak. Aku ajak en.aril pergi bazar kat desa pinggiran je. Dekat dengan rumah + tentu-tentu kuih tepung pelita dengan soya panas ada jualkan. Roti john tu lain kali beli pon takpe :) Sekali memang rezekilah, pergi bazar sana, kemain ramai yang jual roti john tu. Cuma sedap dengan tak sedap jelahkan. Dah tekak teringin sangat nak makan, tibai jelah beli yang mana-mana pon.   Daripa...

1st time makan buffet ramadhan di Bangi Golf Resort, kesiankan?

Imej
Assalamualaikum   Maaflah update menu berbuka pagi-pagi cenggini. Ini pon sebab mood rajin tengah ada. Kalau tak rajin, tu yang jadi macam semalam tu. Membisu je aku. Padan muka, sebab malas sangat semalam, dah gambar lauk udang masam manis+telur dadar aku terdelete dalam fon. Jadinya tak boleh nak tunjuk gambar yang itu. Ampun ye. 3 menu tu aku masak hari selasa lepas. Bayangkan aku dengan en.aril masak 3 menu tu dalam masa setengah jam je, hebait tak??   Citernya bermula bila aku sibuk nak menghantar cookies kat customerlah masa balik rumah petang tu. Aku ajak en.aril teman sekali. Aku bajet sebelum 6.30 aku akan sampai kat rumah balik, sekali hamek ko! Pukul 7 malam baru sampai. Nasib aku dah keluarkan udang siap-siap. Laju-laju masak nasi, terus potong segala jenis bawang, bahan tumisan dan kobis.   Memang sangat pantas dan cekap kitorang laki bini buat kerja. Aku sediakan bahan, en.aril tolong masakkan. Baguskan?? Macam nilah kerjasama yang kit...

Menu-menu berbuka puasa mama safiyya

Imej
Assalamualaikum   Harini baru berkesempatan nak update. Semalam agak sibuk sikit dengan perkara baru :) Perkara apa, nanti-nantilah kita citer. Up satu-satu entry dulu yeh. Yang ini pon aku dok qada' je pasal menu berbuka. Bukanlah kata nak show off pasal kehandalan skill aku memasak. Nonono!!! Tak terlintas pon di hati ni tau. Cuma rasa seronok dapat share citer menu-menu berbuka time puasa ni. Blog korang-korang yang dok citer pasal makanan-makanan ni pon memang aku akan terjah awal-awal. Seronok tengok kemeriahan atas meja makan, sambil-sambil tu boleh dapat idea nak masak apa untuk berbuka kejap lagi :)   Hari Jumaat haritu kitorang tak berbuka dengan nasi. Jemulah pulak hari-hari mengadap menda yang sama. Kebetulan kari semalam (khamis) ada lebih lagi, en.aril terus dapat idea nak buat roti canai sendiri.     ROTI CANAI + KARI IKAN   Percubaan untuk pertama kali memang tak mengecewakan, Alhamdulillah. Berebut-rebut laki bini m...