Pengalaman bersalinkan Hanania Qaisara (setahun lebih yang lepas ) !! :)
Assalamualaikum...... Lama sangat tak berupdate. seronok membaca blog orang je sampaikan blog sendiri terbiar. Biasaaaaaaaaaaaaaaaa diaaaaaaa tuuuu ye!! Arini terasa nak ceritakan pengalaman bersalinkan nia setahun lepas. Sebenarnya baru teringat yang aku tak pernah tulis lagikan cerita bersalin dia. Tak adil namanya bila kisah kakak, aku coretkan, kisah dia aku simpan sorang-sorang. tak aci gitew! Oklah, kalau dibandingkan antara bersalinkan safiyya @ nia mana lagi susah, aku rasa sama je. Cumanya aku rasa seronok bersalinkan nia sebab aku sakit tak lama, dan masa aku kat hospital pon sekejap je, hahaha. Kalaulah diberi kuasa memilih, lepas-lepasni pun aku nak beranak macam aku beranakkan nia. Semuanya berlaku terlalu pantas. Meh kita imbas balik cerita setahun yang lepas eh! Aku ingat lagi, haritu, khamis, aku pergi kerja macam biasa walaupon dah sarat sangat. (38 ++ weeks) Baby masih belum tunjukkan tanda-tanda nak keluar. Takde contraction, tak...