Catatan

29 weeks with love :)

Assalamualaikum. Hai, berjumpa lagi kita lepas 2 bulan :) Sihat semua? Aku alhamdulillah, sihat seadanya. Suami, anak-anak dan family pon alhamdulillah sihat aje. 2 bulan menyepi, macam-macam cerita ada.InsyaAllah, kalau sempat, aku longgokkan semua sekali dalam entry ni. Maklumlah, rajin sangatkan sekarang ni nak menulis :) Alhamdulillah, kandungan aku sekarang mencecah 29 minggu 3 hari. Makin besar dan makin sarat. Baju-baju pun dah banyakkkk yang tak boleh sarung. Pening kepala nak pilih baju ke opis. Usia dah matang ni, segan nak pakai baju yang ketat-ketat. Walaupon ketat hanya di perut dan vons, tapi tetaplah aku segan. Segan sebab rasa melekap sangat kat badan. Berkira-kira nak cari alternatif lain untuk selesa ke ofis. Sekarang ni, aku kalau boleh nak pakai baju yang labuh sampai ke lutut tanpa nampak bentuk peha, vons, kaki semua tu. Maklumlah, saiznya besar sangat, malu diri sendiri tengok+malu tengok di orang, hahaha.Kalau dulu, perasaan malu tu takde sangat, relax ...

InsyaAllah Yang Ke3 Bakal Hadir 2017

Assalamualaikum. Lama menyepikan. Tengok last post pun pada Jan 2016. MasyaAllah, memang lama sangat. Memang takde rasa nak menulis langsung. Membaca blog orang lain je kejanya. Blog sendiri diabaikan gitew, kahkahkah. Ok, straight to da point. InsyaAllah, 7 Feb 2017 due date untuk anak kami yang ke3 jika diizinkan Allah S.W.T. Diam-diam berisi ye aku ni, haha. Tak jugak. Sebenarnya rezki kot. Allah nak bagi. Teringin dah lama, tapi memikirkan gelagat anak-anak aku yang dua orang tu, rasa macam tunggulah diorang besar sikit. Tapi itulah, kita manusia hanya mampu merancang, Allah juga yang menentukan segalanya. Walaupun kehamilan ini tidak diduga, tapi kami terima dengan berlapang dada. InsyaAllah, seboleh mungkin aku jaga dengan sebaik mungkin. Kali ketiga melalui fasa ini, bermacam rasa ada. Pengalaman setiap kali itu yang pasti adalah berbeza. Mabuk kali ni agak lama walqupon pada awalnya boleh dikatakan aku agak berlagaklah cakap dengan husband aku ok je, macam orang tak me...

Ragam Hanania 2016

Assalamualaikum SO, seperti yang dijanjikan, jom cerita pasal Nia pulak.Untuk tahun ni, aku dan husband pilih untuk tmepatkan Nia di taska untuk dedahkan dia dengan persekitaran luar + bergaul dengan ramai orang. Nia tak sama dengan kakak. Kakak cepat mesra dengan ornag berbanding dia. Memikirkan nanti umur dia 5 tahun memang nak masukkan tadika macam kakak, jadi kami train dia dulu di taska. Hari pertama dan kedua waktu hantar ke taska ok je. Masuk hari ke3 dia dah taknak, Berzikir dari rumah kata tak nak pergi sekiolah. Nia nak duduk rumah je, hoho. Kesian aku tengok, tapi kentalkan hati. hantar juga sampailah sekarang. Minggu ni, masih lagi dia menangis bila dihantar dan masa ambil. Tapi, bila tanya pada cikgu, ada masa dia ok je. Cuma memang dia tak nak bergaul dengan orang. Dia duduk diam je tengok orang. Alahai anak. Sedih sangat mama tengok awak ni. Kenapalah tak mau berkawan. Tapi, takpe. Aku positif je. Beri dia masa. Aku rasa biasalah tukan. Nak biasakan diri dengan tem...

2016

2016 Assalamualaikum blog. Selamat tahun baru. 6 Januari 2016 baru nak mula menulis di sini. Untuk rekod kenangan momen-momen anak mula bersekolah dan di taska :) Ok, kita cerita bab safiyya dulu. Next entry, baru cerita bab Nia. Untuk tahun  ini, Safiyya dah pun mula bersekolah (5 tahun). Safiyya memang eksited sangat nak sekolah. Dah lama rasanya dia minta, cuma aku dan husband rasakan umur 4 tahun terlalu awal untuk dia. Lagipun, safiyya jenis yang tak boleh lama-lama dalam aircond. Diakan ada asma. Sebelum ni, tak jumpa cari playschool yang hanya menggunakan kipas di sekolah. Kebanyakannya banyak menggunakan aircond. Tak nak amik risiko untuk dia, sebab tu, kami biarkan dia tinggal di rumah acik sampailah umur 4 tahun :) Alhamdulilllah, hasil gigih mencari dan survey tadika yang sesuai untuk safiyya dari awal tahun lepas, aku dah jumpa yang sesuai dengan dia. Dalam hati dah list 2 tempat ni untuk dia iaitu, Little Caliph dan PASTI. Bagi Little Caliph, aku tertarik denga...

Hujung tahun dan anak-anak syurgaku

Hai hai hai...Jumpa lagi. 3 bulan dah tak menulis, tak tau apa nak cerita. Macam biasalah, dah hujung-hujung tahun ni, cuaca sejuk, safiyya akan amik neb. Aritu 3 kali kot amik. Sekarang alhamdulillah, lega dah. Yerlah, bukan dia je yg amik neb, ramai kot aku jumpa bebudak kat sepital amik neb. Orang dewasa pon sama. Nia sekarang masih lagi batuk, tapi lite-lite jelah. Tak padan dengan kecik molek, asyik nak makan aiskrim + air sejuk je. Bila tak bagi, nangis, huahuahua. aku suka sangat menyakat dia sebab dia comel, kakakakaka. Kijam mak dia. Lagi anak menangis, lagi aku menyakat. Pasrah jelah anak-anak punya mak begini. Okeh, untuk tahun depan, insyaAllah safiyya akan mula bersekolah tadika. Kalau takde apa aral, dia akan bersekolah di PASTI. Dah setel semua yuran + duit baju semua. Tinggal nak belikan bag dan alat tulis je. 1st time anak nak pergi sekolah, of courselah mak dia happy semacam, mengalahkan nak terima menantu, kakaka. Gigilah aku gugel kedai mana yang sesuai car...

Anak-anakku

Assalamulaikum. Hai belog. Apa khabar. Baru refresh baca cerita beranakkan nia, hehe. Macam tak sangka, dah dua tahun dah umur dia. Sangat cheeky-cheeky bom bom, hahaha. Sokmo geram tengok dia. Kalau dapat peluk cium dia rasa tak puas, hahaha. Kakak safiyya dah besar, dan kurus. Bukan tak comel macam adik, tapi beselah budak dah besarkan, bukan nak sangat digomol-gomol ni,hehe. Tiap kali aku timang nia,mesti aku timang kakak jugak. Seboleh mungkin taknak timbul isu jeles menjeles di antara adik beradikkan, hehe. Kadang, nampak jugak safiyya pandang je bila aku gomol-gomol nia. Terus aku panggil dia sekali untuk digomol, hahaha. Walaupon dia macam malu-malu, tapi datang jugak. Anak aku yang sulung ni tersangatlah manja orangnya, Kalah adik manja dia tu. Kadang rasa geram je, haha. Bukan geram marah, tapi geram macam lite-lite jer. Aku taknak dia biasakan diri dia terlalu manja sampaikan nanti orang menyampah pulak, hehe. Pepaham jelah, kadang ada sesetengah budak ni suka sangat...

1st day berpuasa :)

Assalamualaikum. Hai!! Selamat berpuasa :) Alhamdulillah, masih berkesempatan untuk berpuasa pada tahun ni. nak puasa penuh tu, pepaham jelah orang perempuan nikan. memang tak dapeklah, kecualilah dapat keistimewaankannn :) Ok, macam biasa. Sahur pertama, hanyalah dengan mee goreng basah lebihan dinner semalamnya + milo panas untuk hubby dan aku pula milo panas dengan biskut. Untuk berbuka semalam pulak, biasa-biasa je. Aritu masak buat makan-makan sempena besday bebudak ni, ada beras lebihan yang kitorang buat nasi daging tu. Dah elok simpan dalam fridge, jadi sebelum basi, aku masakkan jelah semalam. Untuk naikkan rasa, aku tambah kiub ayam. Lauk pulak, buat ayam bakar je. Resepi kak ipar aku. Memang sodappp!! Sebenarnya, menu semalam agak kelakar. Yelah, kombinasi lauk yang macam slack je aku rasa. Nasi tu, kira macam nasi berempah. lauk ayam bakar + sayur kacang panjang masak kicap. Tapi, oklah kan. Daripada takde. Untuk pagi ni pulak, disebabkan nasi semalam berlebih b...